SELAMATKAN MADARASAH AL TAQWA DAN PERSEKUTUAN SETIA TG TOKONG
- SELAMATKAN WARISAN INSTITUSI AGAMA DAN SOSIAL MILIK MASYARAKAT MADRASAH AL TAQWA TG TOKONG 1900 -2012
-
SELAMATKAN WARISAN TRADISI DAN SOSIAL MILIK MASYARAKAT PERSEKUTUAN SETIA TG TOKONG 1911 – 2012
- KENYATAAN AKHBAR PADA 25 NOV 2012 - SELAMATKAN MADRASAH AL TAQWA TANJONG TOKONG – WARISAN INSTITUSI AGAMA MILIK MASYARAKAT 1900 -2O12
- Madrasah Al Taqwa ialah institusi agama dan pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat Tanjong Tokong di atas biaya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ia ditubuhkan oleh para nelayan Tanjong Tokong pada awal abad ke 20. Tapak asalnya di tepi laut dan dipindahkan ke Simpang Tiga pada tahun 1925. Apabila tanah tebusguna dibangunkan ia dipindahkan ke tapak baru. Ia mengalami pengubahsuaian dengan perbelanjaan sendiri dan bantuan kerajaan negeri P.Pinang sehingga wujud bangunan yang sedia ada.
- Selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah ini diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri P.Pinang. Jawatankuasa Madrasah Al Taqwa bertanggung jawap penuh ke atas madrasah yang berdiri megah sebagai warisan intitusi milikan masyarakat.Ia bukan sekadar rumah ibadat. Madrasah ini terus berfungsi sebagai institusi pendidikan dan agama yang mengambil pendekatan salafi.
- Tegak di atas asas memperjuangan aqidah dan pelaksanaan syariat Islamiah mengikut perjalanan ahli sunnah waljamaah.Kami AJK dan masyarakat tempatan terus mengimarahkan madrasah ini hingga kini menerusi sembahyang berjemaah yang hidup 5 waktu, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan sembahyang hari raya. Tidak benar bahawa madrasah ini tidak berfungsi. Jemaah madrasah datangnya dari seluruh kampung Tanjong Tokong.
- Kami menentang sekeras-keras sebarang usaha untuk merobohkan madrasah ini. Madrasah ini telah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada. Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami AJK yang bertanggung jawap terhadap kelestarian dan masa depannya.
- Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan ke tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.Kami sangat bersetuju jika madrasah ini dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.Sesuai dengan syarat nyata pemberian tanah kepada UDA , madrasah ini wajar dan wajib dikekalkan kerana sekatan tersebut menjurus ke arah pengekalan dan penambahbaikan kampung bukan penghapusan kampung secara total.
- Warisan institusi agama milik masyarakat mesti dipelihara dan dipulihara terutama apabila kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengistiharkan Tanjong Tokong menjadi Kampung Warisan dalam sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang pada 3 November 2012.Pembangunan bukan bererti runtuh dan bina dengan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan yang sebelumnya.
- Pembangunan adalah kesinambungan tradisi dan moden. Segala warisan yang ada mesti ada tempatnya untuk digabungkan dengan pembangunan moden. Ia untuk mewujudkan suasana yang serasi dan seimbang. Kami menuntut bentuk pembangunan yang lestari. Komponen warisan , sejarah dan budaya ada tempat di dalam pembangunan semasa .Sebagaimana kata Tun Razak ,bapa pembangunan negara :
- “Batu bata dan simen hanya lambang kebendaan kemajuan kita .Pembangunan kebudayaan sama pentingnya kerana sesbuah negara yang tidak berkebudayaan sendiri adalah negara yang tidak berjiwa”